Assalamualaikum... Alhamdulillah.. Dengan izinNYA.. Malam tadi Adeeb tido dengan nyenyak.. Aku pasangkan surah Yassin..nampak lena betul dia tido..aku paksakan diri tido2 ayam.. Sekejap2 terjaga utk tgk2kan keadaan dia... Pagi ni awal dia bangun, pukul 6 pagi dah mintak aku bukakkan tv.. Malam tadi dia mengigau... Dia ckp..."sayannnnngggg mama" berkali2.. Aku tgk matanya pejam... Sebak tgk dia... Waktu dia bangun pagi tadi..dia ckp... "Mama..adik nak peluk mama..." Aku yg nak masuk toilet terus hentikan niat... Terus baring sebelah dia.. Peluk dia ketat2.. Sambil tu dia ulang dialog yg sama.."sayaaannnngg mama.." Aku bisikkan kat telinga dia... Mama sayang adeeb dunia akhirat... Dia senyum... Dia raut leher aku... "Mama, adik nak mandi..." Jarang benar dia bersikap mcm tu... Takpelah, ku layankan juga kerenah dia... Dia mmg manja dengan aku... Sedari hari pertama dia aku yg jaga sampai la ke hari ini... Kerana dia aku sanggup tinggalkan kerjaya aku... Mya membesar dgn pengasuh..tapi aku tak pernah bezakan kasihsayang aku antara Mya dgn Adeeb.. Tapi dek kerana status "kakak" kepada Adeeb.. Mya kerap jugak jadi mangsa amarah aku... Suka sgt menyakat adik dia kan... Kadang kesian Mya.. Sampai dia pernah sekali marah... "Mama ni, adeeb yg salah...mama asyik marah Mya..." Aku marah bersebab... Satu hari nanti Mya pasti paham situasi ini...

No comments:
Post a Comment